Tuesday, October 9, 2018

KEBAIKAN ASIQS RACE

     Harini saya ingin menceritakan tentang kebaikan ASIQS RACE. Sebelum itu saya ingin bercakap sedikit apa itu ASIQS RACE. Ianya merupakan satu permainan yang dicipta oleh guru QCS kami iaitu Abang AB. Permainan ini akan berlansung selama sebulan, setiap hari Jumaat selama satu jam. Cara bermain permainan adalah cikgu akan memberikan sampul surat yang tertulis nama ahli kumpulan kita. Di dalam sampul surat itu terdepat beberapa helai kertas soalan yang diisi dengan soalan seperti Matematik, Sejarah  dan lain-lain. Pemain perlu menjawab kesemua soalan pada kertas itu untuk mendapatkan clue. Kegunaan clue itu pula adalah untuk mendapat special card, setiap special card mempunya kuasa sendiri.

     Untuk kebaikannya pula saya akan memberikan tiga sahaja. Yang pertama adalah permainan ini adalah untuk membuatkan kita berseronok bersama ahli kumpulan kita dan menyelesaikan masalah bersama untuk mendapatkan clue. Jika kita tidak bekerjasama permainan ini akan menjadi susah dan membosankan. Tetapi jika kita berkerjasama, kita akan rasa seronok kerana mendapat apa-apa soalan yang di beri apabila kita menjawab bersama dia ia membuatkan kerja menjadi sangat senang.

Yang kedua, permainan ini dapat menguji minda kita kerana apabila kita ingin mencari special card,  kita perlu kumpul clue terlebih dahulu dan menyusunnya. Apabila kita telah menyusunnya kita perlu berfikir di manakah tempat special card disembunyikan. Jika kita tidak berfikir atau ingat ciri-ciri tempat sesuatu kawasan ianya agak sukar untuk meneka di manakah tempat yang special card disembunyikan.

Yang terakhir, dalam permainan ini kita akan berkumpulan bersama murid-murid kelas lain, sama ada yang kita tidak terlalu rapat ataupun yang kita rapat. Ia bermakna, permainan ini juga mahu kita untuk bergaul bersama murid-murid yang lain untuk lebih mengeratkan silaturrahim.

Itu sahaja daripada saya, jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Saya ingin memohon maaf. Terima Kasih kerana baca blog saya, assalamualaikum.