Tuesday, November 20, 2018

What a Wonderful World




I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world
I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world
The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you 
I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world

“What a Wonderful World” was written in 1968 during the time of the Vietnam War. Performed in the genre of jazz, it was written and composed to try and bring hope to the millions of victims suffering the effects of the war like the loss of the many loved fathers, sons and husbands and the “half cast” children who were sent away from their Vietnamese mothers to a foreign land with foreign people.

The colors of the rainbow so pretty in the sky" That mean the colors of a rainbow in this line and the colors of man in the next are really parts of the same phrase. The colors of the rainbow and the colors of man mirror each other in God’s eyes. Each of the colors is meant to complement the others.

"I see friends shaking hands saying how do you do they're really saying I love you" mean that Louis observes life around him, he sees people bond and develop relationships which, to him, make up for the dark sacred times that he witnesses in the wonderful world.
 "I hear babies crying, I watch them grow they'll learn much more than I'll never know" that mean Louis uses a hopeful, optimistic tone with regards to the future in which Armstrong sings about babies being born into a better world and having a lot of look forward to.
This song really fit what was happening at the time because there were a lot of positive things to come out of 1968 and the song looked to the future in relation to these positive things, and if things continued the way they were going, there really was reason for optimism.



Tuesday, October 9, 2018

KEBAIKAN ASIQS RACE

     Harini saya ingin menceritakan tentang kebaikan ASIQS RACE. Sebelum itu saya ingin bercakap sedikit apa itu ASIQS RACE. Ianya merupakan satu permainan yang dicipta oleh guru QCS kami iaitu Abang AB. Permainan ini akan berlansung selama sebulan, setiap hari Jumaat selama satu jam. Cara bermain permainan adalah cikgu akan memberikan sampul surat yang tertulis nama ahli kumpulan kita. Di dalam sampul surat itu terdepat beberapa helai kertas soalan yang diisi dengan soalan seperti Matematik, Sejarah  dan lain-lain. Pemain perlu menjawab kesemua soalan pada kertas itu untuk mendapatkan clue. Kegunaan clue itu pula adalah untuk mendapat special card, setiap special card mempunya kuasa sendiri.

     Untuk kebaikannya pula saya akan memberikan tiga sahaja. Yang pertama adalah permainan ini adalah untuk membuatkan kita berseronok bersama ahli kumpulan kita dan menyelesaikan masalah bersama untuk mendapatkan clue. Jika kita tidak bekerjasama permainan ini akan menjadi susah dan membosankan. Tetapi jika kita berkerjasama, kita akan rasa seronok kerana mendapat apa-apa soalan yang di beri apabila kita menjawab bersama dia ia membuatkan kerja menjadi sangat senang.

Yang kedua, permainan ini dapat menguji minda kita kerana apabila kita ingin mencari special card,  kita perlu kumpul clue terlebih dahulu dan menyusunnya. Apabila kita telah menyusunnya kita perlu berfikir di manakah tempat special card disembunyikan. Jika kita tidak berfikir atau ingat ciri-ciri tempat sesuatu kawasan ianya agak sukar untuk meneka di manakah tempat yang special card disembunyikan.

Yang terakhir, dalam permainan ini kita akan berkumpulan bersama murid-murid kelas lain, sama ada yang kita tidak terlalu rapat ataupun yang kita rapat. Ia bermakna, permainan ini juga mahu kita untuk bergaul bersama murid-murid yang lain untuk lebih mengeratkan silaturrahim.

Itu sahaja daripada saya, jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Saya ingin memohon maaf. Terima Kasih kerana baca blog saya, assalamualaikum.

Thursday, September 13, 2018

Sebab Berlakunya LGBT

Assalamualaikum, harini saya akan beritahu salah satu sebab berlakunya LGBT. Perkataan LGBT terdiri daripada:

  • L-lesbian
  • G-gay
  • B-bisexual
  • T-transgender

Salah satu sebab berlakunya LGBT adalah salah seorang itu dalam keadaan tertekan. Sebab tertekan adalah mungkin daripada keputusan ujian, putus cinta dan sering diberi tekanan oleh seseorang. Oleh itu, orang yang tertekan terus ke LGBT atau daripada kawan yang salah. Maksud daripada kawan yang salah ialah ketika seseorang itu tertekan dia telah meminta pertolongan daripada orang yang salah ataupun kawannya yang menolongya tapi dengan cara yang salah.

Bagi mengelakkan ini berlaku, orang itu hendaklah membinta bantuan kepada orang yang lebih tahu daripada rakannya ataupun rakannya tetapi, rakan itu hendaklah orang yang kita boleh percaya kepada dia ataupun rakan yang kita rapat.

Untuk sebab-sebab yang lain, anda boleh pergi ke blog rakan saya Raif. Itu sahaja daripada saya, Sekian Terima Kasih.

PHYSICS

Assalamualaikum, hari ini saya ingin menceritakan tentang cahaya. Kegunaan cahaya adalah untuk kita melihat sesuatu benda sama ada objek ataupun makhluk. Terdapat tiga keadaan cahaya iaitu:

  1. Ketika cahaya menuju ke arah sesuatu objek yang berwarna ia akan memantulkan warna objek itu ke arah mata kita.
  2. Ketika cahaya menuju ke arah sesuatu objek yang berwarna gelap. Objek yang gelap akan memerangkap kesemua cahaya daripada pantul semula ke arah mata kita.
  3. Ketika cahaya menuju ke arah sesuatu objek yang lutsinar, cahaya tidak akan pantul semula tetapi bergerak ke arah yang lurus.
Adakah cahaya ini penting dalam hidup kita?
Ya, kerana jika tiada cahaya kita tidak melihat apa-apa di sekeliling kita termasuklah diri kita sendiri.

Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca blog saya.

Monday, September 3, 2018

Video Cikgu



Assalamualaikum, hari ini saya ingin bercakap tentang video ini. Video ini menunjukkan sedikit usaha yang telah cikgu lakukan di sekolah. Cikgu di dalam video ini dibenci oleh seorang pelajar tetapi cikgu itu tetap berusaha untuk melindungi dia daripada perkara yang buruk yang akan dialami oleh pelajar itu. Malangnya pelajar itu tidak mendengar apa yang cikgunya cakap dan akibatnya dia telah seorang yang gagal di masa hadapan. Itu sahaja daripada saya, apa yang ingin saya katakan janganlah kita membenci cikgu kita sendiri kerana cikgu itu akan membawa kita ke masa depan yang cerah. TERIMA KASIH

Sunday, September 2, 2018

FAVOURITE MOMENT DI ASIQS

    Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan favourite moment saya di ASIQS. Favourite moment saya adalah ketika saya mengikuti ASIQS Mukhayyam 2018. Ketika itu saya dapat berlajar cara hidup berjauhan daripada keluarga saya. Saya juga ditemani oleh rakan-rakan saya yang membantu saya. Saya juga membantu mereka untuk melakukan beberapa aktiviti yang mereka tidak tahu. Moment ini tidak dapat saya lupakan kerana moment ini adalah moment yang paling menyeronokkan bagi saya berbanding moment yang lain.

ASIQS DI SPACE U8

     Pada 9 Julai, Sekolah ASIQS telah berindah ke Space U8. Kawasan di tempat itu mempunyai ruang yang luas, cantik dan selesa. Sekolah ASIQS terletak di dalam Space U8 di tingkat tiga. ASIQS mempunyai lapan buah kelas, satu pusat sains dan satu perpustakaan. Terdapat beberapa kelas yang mempunyai tingkap yang besar untuk melihat permandangan. Setiap kelas memunyai satu penghawa dingin tetapi tidak mempunyai kipas.


     Terdapat beberapa juga kawasan yang mempunyai penghawa dingin berbanding kipas seperti di surau. Di surau mempunyai karpet yang lembut untuk murid-murid solat dengan selesa. Terdapat sebuah masjid T.U.D.M untuk murid-murid Solat Jumaat di sana juga. Murid-murid perlu berjalan kaki untuk ke masjid T.U.D.M bersama guru ASIQS.

     Di sebelah sekolah ASIQS, terdapat sebuah kafe untuk murid-murid ASIQS makan. Pada waktu pagi, murid-murid perlu berlari mengelilingi Space U8 setiap hari. ASIQS juga menyediakan padang untuk murid-murid bersukan di sana. Terdapat sepuluh tandas di dalam ASIQS, dan kesemua tandas masih berfungsi dengan elok. Terdapat beberapa cikgu ASIQS yang memantau murid-murid ASIQS agar tidak hilang. Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca blog saya.