Sunday, September 2, 2018

ASIQS DI SPACE U8

     Pada 9 Julai, Sekolah ASIQS telah berindah ke Space U8. Kawasan di tempat itu mempunyai ruang yang luas, cantik dan selesa. Sekolah ASIQS terletak di dalam Space U8 di tingkat tiga. ASIQS mempunyai lapan buah kelas, satu pusat sains dan satu perpustakaan. Terdapat beberapa kelas yang mempunyai tingkap yang besar untuk melihat permandangan. Setiap kelas memunyai satu penghawa dingin tetapi tidak mempunyai kipas.


     Terdapat beberapa juga kawasan yang mempunyai penghawa dingin berbanding kipas seperti di surau. Di surau mempunyai karpet yang lembut untuk murid-murid solat dengan selesa. Terdapat sebuah masjid T.U.D.M untuk murid-murid Solat Jumaat di sana juga. Murid-murid perlu berjalan kaki untuk ke masjid T.U.D.M bersama guru ASIQS.

     Di sebelah sekolah ASIQS, terdapat sebuah kafe untuk murid-murid ASIQS makan. Pada waktu pagi, murid-murid perlu berlari mengelilingi Space U8 setiap hari. ASIQS juga menyediakan padang untuk murid-murid bersukan di sana. Terdapat sepuluh tandas di dalam ASIQS, dan kesemua tandas masih berfungsi dengan elok. Terdapat beberapa cikgu ASIQS yang memantau murid-murid ASIQS agar tidak hilang. Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment